Mari Meraih Ilmu Menerusi Teknologi
MARI MERAIH ILMU MENERUSI TEKNOLOGI
Salam sejahtera murid-murid semua.
Cikgu harap anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera.
Topik kita kali ini adalah mengenai kecanggihan sains dan teknologi. Bersesuaian dengan Unit 3 buku Mekar, teks mengenai Ikan Bercahaya ada dimuat naikkan untuk bacaan anda semua.
Untuk tugasan kali ini sila ikuti 4 arahan berikut:
1) Baca dan fahami teks mengenai Ikan Bercahaya di blog ini.
2) Catatkan perkataan-perkataan yang sukar anda fahami agar dapat kita bincangkan bersama di dalam kelas nanti. (Bagi mereka yang mempunyai Kamus Dewan, anda boleh mencarikan makna perkataan-perkataan itu.)
3) Setelah membaca teks tersebut, anda dikehendaki membina satu perenggan mengenai 'Ikan Bercahaya' di ruang yang disediakan di Buku Aktiviti Mekar halaman 23.
4) Berikan pendapat anda mengenai teks mengenai Ikan Bercahaya di ruang Ulasan.
Selamat Meraih Ilmu Yang Bermanfaat!!!
Yang Ikhlas,
Cikgu Laila Sari Arifin
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama