Khamis, 1 Mac 2012

TUGASAN PENULISAN CUTI PENGGAL 1

Salam sejahtera buat semua.
Cuti penggal satu sudah bermula. Namun, minda masih perlu dikembangkan agar ilmu sentiasa dapat diperolehi. Kali ini, tugasan cuti penggal satu memerlukan anda mengimbas semula pengajaran yang telah diterapkan di dalam kelas penulisan. Sila baca arahan di bawah dengan teliti. Cikgu harap anda dapat menghasilkan satu penulisan yang membanggakan. Anda diperlukan menghantar tugasan ini pada penggal 2 nanti. Di samping itu, jangan lupa mendapatkan rehat yang secukupnya agar minda sentiasa cergas.

Tugasan Penulisan Cuti Penggal 1, 2012, untuk murid-murid Darjah 6.

1. Hasilkan sebuah karangan tidak kurang dari 150 perkataan.

2. Tajuk bebas merangkumi tajuk-tajuk berkaitan dengan:

   *PERISTIWA YANG MENYEDIHKAN
   *PERISTIWA YANG MENGGEMBIRAKAN
   *MISTERI
   *TRAGEDI
   *SUSPENS
   *KEHIDUPAN
   *SIFAT-SIFAT MANUSIA dll.

3. Karangan anda mesti mengandungi:
   a) Permulaan
   b) Isi
   c) Penutup

4. Pastikan anda gunakan semua pengajaran mengenai penulisan yang dipelajari pada Penggal 1.
   *Pendahuluan

   *Isi
   *Penutup
   *Plot
   *Klimaks
   *Semak

   *Merangka (draft)

   *Peraturan Dialog
   *Adjektif pada watak/suasana/cuaca
   *Frasa-frasa yang sesuai
   *Peribahasa yang sesuai
   *Tanda Baca
   *Ejaan




Selamat Mencuba!!!
 
Yang benar,
Cikgu Laila Sari Arifin :))))

3 Ulasan:

Di 17 Mac 2010 pada 8:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera kepada semua. Di harap anda semua di dalam keadaan sihat sentiasa.
Ada di antara anda yang bertanya tentang tajuk karangan tugasan ini. Oleh kerana ini adalah karangan bebas, anda boleh menghasilkan tajuk yang paling sesuai untuk karangan yang anda hasilkan.

-Cikgu Laila Sari

 
Di 12 Julai 2010 pada 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

terdapat beberapa yg saya dapati dlm petoikan ini ialah menghasilkan document5 penulisan ia mmg menggunakan akal atau minda anda untuk membaiki frasa anda itu saja yg saya dapati
sekian terima kasih

 
Di 1 Ogos 2012 pada 8:19 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, mengarang sebuah sajak/pantun sungguh menarik dan ia juga sungguh mencabar.Sebuah sajak tidak perlu ada rhyma seperti sebuah pantun.
- Natrah Bte Zuraimi

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama