Selasa, 3 Julai 2012

Tugasan Dwiminggu Bahasa 2012

Salam Sejahtera Semua.

Mari kita tanam halia,
Ambil sedikit buat juadah;
Segala rujukan sudah dibaca,
Tugasan kini menanti anda.

Sila baca arahan di bawah ini :

1) Ini merupakan tugasan kumpulan.
2) Kumpulan anda tidak boleh melebihi 3 anggota.
3) Tuliskan Pantun atau Sajak.
4) Pilih satu tema di bawah ini:

    @ Ilmu
    @ Kekeluargaan
    @ Persahabatan
    @ Budi
    @ Bahasa Melayu
   
5) Gunakan Powerpoint untuk persembahan kumpulan anda.

Selamat Mencuba!!!!

Ahad, 24 Jun 2012

Mari Berpantun Dan Bersajak

Salam Sejahtera Semua....

Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa;
Membaca itu amalan baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Hari ini kita akan menyelami pusaka bangsa yang menjadi kebanggaan kita sejak bertahun-tahun lamanya.

Ayuh kita selami erti puisi!

Sila lihat lelaman-lelaman yang tertera di bawah ini dan baca isi kandungannya dengan teliti :

http://www.slideshare.net/mohamednaim/pantun-bahagian-pertama

http://www.slideshare.net/mohamednaim/pantun-bahagian-kedua


Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa;
Jika tidak berapa pasti,
Usah segan untuk bertanya.

Selamat meraih ilmu....:)

Selasa, 1 Mei 2012

PENDAPAT ANDA....

Cara-cara Menangani Masalah

Salam sejahtera murid-murid semua.

Cikgu pasti kamu semua sedang menghadapi banyak tekanan pada saat ini kerana musim peperiksaan semester 1 2012. Sebenarnya, apa yang kamu alami ini adalah perkara lumrah. Kamu tidak bersendirian...:))
Namun, jika kamu mengalami banyak tekanan, adalah baik sekiranya kamu berbual mengenainya dengan ahli keluarga.
Mungkin kamu boleh berkongsi pendapat mengenai cara-cara terbaik mengatasi masalah di blog kita ini.

Selamat bercuti semua...:)))

Yang Benar,
Cikgu Laila Sari Arifin

Khamis, 1 Mac 2012

TUGASAN PENULISAN CUTI PENGGAL 1

Salam sejahtera buat semua.
Cuti penggal satu sudah bermula. Namun, minda masih perlu dikembangkan agar ilmu sentiasa dapat diperolehi. Kali ini, tugasan cuti penggal satu memerlukan anda mengimbas semula pengajaran yang telah diterapkan di dalam kelas penulisan. Sila baca arahan di bawah dengan teliti. Cikgu harap anda dapat menghasilkan satu penulisan yang membanggakan. Anda diperlukan menghantar tugasan ini pada penggal 2 nanti. Di samping itu, jangan lupa mendapatkan rehat yang secukupnya agar minda sentiasa cergas.

Tugasan Penulisan Cuti Penggal 1, 2012, untuk murid-murid Darjah 6.

1. Hasilkan sebuah karangan tidak kurang dari 150 perkataan.

2. Tajuk bebas merangkumi tajuk-tajuk berkaitan dengan:

   *PERISTIWA YANG MENYEDIHKAN
   *PERISTIWA YANG MENGGEMBIRAKAN
   *MISTERI
   *TRAGEDI
   *SUSPENS
   *KEHIDUPAN
   *SIFAT-SIFAT MANUSIA dll.

3. Karangan anda mesti mengandungi:
   a) Permulaan
   b) Isi
   c) Penutup

4. Pastikan anda gunakan semua pengajaran mengenai penulisan yang dipelajari pada Penggal 1.
   *Pendahuluan

   *Isi
   *Penutup
   *Plot
   *Klimaks
   *Semak

   *Merangka (draft)

   *Peraturan Dialog
   *Adjektif pada watak/suasana/cuaca
   *Frasa-frasa yang sesuai
   *Peribahasa yang sesuai
   *Tanda Baca
   *Ejaan




Selamat Mencuba!!!
 
Yang benar,
Cikgu Laila Sari Arifin :))))

Ahad, 7 Mac 2010

Mari Meraih Ilmu Menerusi Teknologi

MARI MERAIH ILMU MENERUSI TEKNOLOGI


Salam sejahtera murid-murid semua.

Cikgu harap anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera.

Topik kita kali ini adalah mengenai kecanggihan sains dan teknologi. Bersesuaian dengan Unit 3 buku Mekar, teks mengenai Ikan Bercahaya ada dimuat naikkan untuk bacaan anda semua.

Untuk tugasan kali ini sila ikuti 4 arahan berikut:

1) Baca dan fahami teks mengenai Ikan Bercahaya di blog ini.

2) Catatkan perkataan-perkataan yang sukar anda fahami agar dapat kita bincangkan bersama di dalam kelas nanti. (Bagi mereka yang mempunyai Kamus Dewan, anda boleh mencarikan makna perkataan-perkataan itu.)

3) Setelah membaca teks tersebut, anda dikehendaki membina satu perenggan mengenai 'Ikan Bercahaya' di ruang yang disediakan di Buku Aktiviti Mekar halaman 23.

4) Berikan pendapat anda mengenai teks mengenai Ikan Bercahaya di ruang Ulasan.


Selamat Meraih Ilmu Yang Bermanfaat!!!

Yang Ikhlas,
Cikgu Laila Sari Arifin

IKAN BERCAHAYA

IKAN BERCAHAYA


Sejenis ikan tropis yang memancarkan cahaya merah akan menjadi binatang peliharaan pertama yang direkayasa. Demikian diungkapkan para ilmuan. Ikan jenis zebra ini sesungguhnya dirancang sebagai ditektor adanya racun-racun yang ada di alam. Mereka direkayasa agar memancarkan cahaya apabila berada di lingkungan yang beracun atau tidak sihat.

Ikan zebra (Brachydanio rerio) biasanya berwarna perak dengan garis-garis hitam keunguan. Dengan rekayasa genetis, ikan ini dapat memendarkan warna hijau atau merah dari tubuhnya. Warna merah atau hijau yang bersinar itu diambil dari warna ubur-ubur yang disuntikkan ke telur-telur ikan zebra. Dengan gen ubur-ubur itu, tubuh ikan memancarkan cahaya agar dapat digunakan sebagai indikator polusi. Para peneliti memasukkan gen pemicu yang akan mengaktifkan pancaran cahaya pada ikan apabila ikan berasa dalam lingkungan yang mengandungi zat tertentu.
Menurut Alan Blake, sejauh ini tidak ada bukti bahawa ikan-ikan ini akan menimbulkan ancaman pada lingkungan.
"Ikan-ikan ini hanya akan memancarkan warna terang di bawah segala macam sinar, namun tidak akan mencemarkan lingkungan," jelas Blake.
Ikan yang kini disebut Glofish ini mulanya dikembangkan oleh Zhiyuan Gong dari Universiti Nasional Singapura. Menurut Gong, walaupun pada saat ini ikan tersebut hanya memiliki dua warna tambahan, namun, sebenarnya ikan ini dapat dikembangkan untuk memiliki lima warna berbeza, di mana masing-masing warna akan bersinar sesuai dengan jenis bahan polutan yang dijumpai ikan.


(sumber bahan dan gambar diperolehi dari lelaman www.submitrightnow.com/Dimanakah_Ikan_Bercahaya_Dicipta )

Selasa, 26 Mei 2009

Sajak Kawan

Dihasilkan oleh Umi (6-4)