Tugasan Dwiminggu Bahasa 2012
Salam Sejahtera Semua.
Mari kita tanam halia,
Ambil sedikit buat juadah;
Segala rujukan sudah dibaca,
Tugasan kini menanti anda.
Sila baca arahan di bawah ini :
1) Ini merupakan tugasan kumpulan.
2) Kumpulan anda tidak boleh melebihi 3 anggota.
3) Tuliskan Pantun atau Sajak.
4) Pilih satu tema di bawah ini:
@ Ilmu
@ Kekeluargaan
@ Persahabatan
@ Budi
@ Bahasa Melayu
5) Gunakan Powerpoint untuk persembahan kumpulan anda.
Selamat Mencuba!!!!
20 Ulasan:
Saya rasa ini aktiviti membantu kita semua membuat pantun/puisi/sajak dengan bekerjasama. Saya pun berasa seronok apabila berkongsi pantun saya dengan rakan-rakan kerana kita boleh berkongsi idea masing-masing. Saya rasa ini aktiviti patut dijalankan sekali lagi sebab ini memberikan kita semangat sebagai murid-murid melayu..:)
Nurain :)
6-3 :D
Bulan Dwibahasa sangat menarik.Pantun dan puisi telah dijalankan.Saya suka mendengar pantun dan puisi yang telah dibuat oleh rakan-rakan.Membuat pantun atau puisi boleh memperbaiki bahasa kita dan pelajaran yang kita pelajari sendiri.Apabila saya membuat pantun,saya dapat mengeluarkan idea-idea yang menakjubkan.Seperti...
Bulan purnama dibalik awan,
Jaraknya jauh dari aku;
Jangan suka mengejek kawan,
Cermin muka sendiri dahulu.
Saya juga ingin membuat pantun di blog saya sndiri.
Harap Cikgu Laila jalankan pantun dan puisi di blog.
Terima Kasih!
Elfiqa Natasha Bte Abdullah P6-4 New town primary school
Tentang Puisi dan Sajak itu:
1) Saya suka membuat sajak kerana dengan sajak, saya boleh meluahkan perasaan dengan menggunakan taktik lain . Saya rasa sajak/pantun ini sungguh bagus kerana lebih kosa kata yang boleh dipelajari semasa membuatnya. Saya menjadi lebih memahami tentang sajak/pantun.
2)Kita harus melanjutkan aktiviti ini kerana ia boleh megajar murid-murid menggunakan komputer dan mereka boleh membuat laman web sendiri tentang Bahasa Melayu.
Farahdina Bte Samsuddin
Darjah 6-4 :)
Pada pendapat saya aktiviti mengarang pantun atau sajak adalah idea yang bagus kerana kami boleh mengunakan pantun atau sajak dalam perbualan kami. Saya rasa gembira kerana boleh mempelajari tentang pantun dan sajak lebih mendalami.
Demelda
6/4
(1)saya rasa aktiviti ini bagus kerana ini saya tahu lebih tentang pantun dan sajak.
(2)Aktiviti ini sangat menarik kerana boleh bekerja bersama dengan kawan.
(3)Ini boleh diperbaiki kalau kita berkerja dalam kumpulan dan membuatkan di kelas dan semua orang mendapat trofi.
ZAKARIA
Pada pendapat saya aktiviti mengarang pantun/sajak ini sungguh sukar tetapi menarik dan seronok.Saya berasa gembira apabila sudah mengarang pantun itu.Aktiviti ini boleh diperbaiki dgn memikirkan banyak idea.
Muhd Qarin P6-3 ;)
Saya rasa aktiviti ini sangat berguna kerana ia boleh membuat kita memerah otak. Kita perlu berkerjasama bersama kumpulan atau pasangan. Saya rasa aktiviti membuat saya lebih memahami tentang sajak/ pantun. Banyak kosa kata saya pelajari!
Nurul Syafiqah Bte Jasmani
Darjah 6-5 :)
saya rasa pertandingan pantun dan sajak adalah bagus kerana bagi saya ia membuat kami untuk lebih mendalami tentang bahasa baku melayu dan ia tidak sahaja mengajar kami tetapi ia juga memeberitahu lebih tentang pantun dan sajak juga.Cikgu laila juga bercuba untuk mengajar kami dengan cara yang boleh membuat kami ingin lebih belajar. untuk tahun tahun yang akan datang saya sarangkan yang cikgu akan mengajar mereka tentang budaya bahasa dan sejarah melayu kerana kebanyakan daripada mereka lemah dalam bahasa melayu kerana masa yang kami berbahasa dan berinteraksi dengan rakan rakan adalah di dalam kelas bahasa melayu.saya rasa sangat bangga dengan guru guru sekolah rendah new town kerana mereka bercuba sedaya upaya untuk mengajar murid murid mereka untuk berbahasa baku melayu. saya ingin sarangkan yang kami akan belajar dengan menggunakan lebih banyak peralatan electronik.
sekian dari saya Siti NurHidayah.
Pada pendapat saya, pertandingan pantun dan sajak baik kerana murid-murid dapat memerah otak mereka. Saya, Nur Aqilah Alwi dan rakan-rakan telah mendapat peluang untuk membacakan dua rangkap pantun di atas pentas untuk murid-murid Sekolah Rendah New Town dan pada waktu itu ada juga murid-murid dari Cina menziarahi sekolah kami. Tangan saya dan rakan-rakan menggigil. Kami berasa takut tetapi kami dapat mengatasi masalah kami. Saya rasa aktiviti-aktiviti seperti ini sungguh menarik kerana walaupun kami tidak menerima piala atau sagu hati, kami dapat pengalaman yang kami tidak dapat lupakan.
~Nur Aqilah Alwi
Pada pendapat saya, pertandingan berpuisi dan sajak ini sangat menarik. Pertandingan ini membuat kami berfikir lebih dalam dan membuat saya sedar yang saya boleh membuat puisi sendiri. Peraduan ini pun membantu kami untuk berkerja dengan kawan kami.
Membuat puisi itu sangat seronok. Mula- mulanya memang susah tetapi apabila saya mulai membuat sebuah puisi,saya mahu membuat lebih banyak puisi.
Walaupun kumpulan saya tidak memenangi piala, kami berasa bangga dan puas hati dengan puisi yang kami buat sendiri.
~Salmaa Khoirunnisa (6-2)
1) Pendapat saya tentang aktiviti yang diadakan pada bulan bahasa.
Jawapan saya: Pendapat saya adalah saya sungguh gembira. Saya adalah pemenang untuk pertandingan sajak itu. Saya dapat menujukkan kekuatan saya dan bagaimana saya cintai bahasa saya dengan sepenuh hati. Sekarang saya lebih suka dengan bahasa saya iaitu BAHASA MELAYU dan juga saya dapat pelajari sesuatu di bulan bahasa. Saya lebih suka menggunakan komputer untuk mengarang sajak bersama kawan saya.
Mastura
1)Aktiviti-aktiviti mengarang pantun/sajak sungguh menarik kerana kami dapat belajar bagaimana untuk mengarang sesebuah sajak atau pun pantun.
2)Sebelum aktiviti-aktiviti dwiminggu bahasa dijalankan, saya berasa terlalu ghairah kerana apabila saya mendengar tentang aktiviti- aktiviti seperti 'Zoom NTPS',pertandingan 'Sajak atau puisi' dan mempersembahkan sajak yang dihasilkan oleh saya dan Mastura.
3)Kita boleh memperbaiki dengan menggunakan kertas lukis, pensel dan pensel warna untuk menghasilkan sesebuah sajak atau pantun dengan rekaan.
Nama: Nurul Ayuni Bte Rosli
Kelas: 6-3
Saya rasa aktiviti pantun dan sajak sungguh menarik. Kalau mahu mengarang sajak dan pantun yang baik,kami harus membaca pantun dan sajak dari lelamannya. Kalau tiada idea,0kami boleh mengambil sedikit daripadanya. Pada pendapat saya,pantun dan sajak boleh memperbaiki bahasa baku kita.Tetapi kami TIDAK boleh MENIRU SEMUA sajak dan pantun dari lelamannya.
Pada pendapat saya, aktiviti ini sungguh menarik kerana saya pelajari bahawa kerja secara pasangan lebih mudah daripada individual. Perasaan saya apabila menjalani pantun bersama pasangan saya, saya amat suka akan membuat pantun tentang persahabatkan. Saya ingin memperbaiki pantun saya kerana saya begitu lemah dalam pantun. Saya boleh memperbaiki pantun dengan melungsuri lelaman web.
saya suka membuat lembaran kerja dengan menggunakan komputer dan membuat secara di dalam kelas.
Saya ingin kelas komputer sekali skala:)
Daripada;Ning
Darjah;6-5
Saya rasa sungguh gembira kerana dapat hasilkan sajak sendiri. Kadangkala saya rasa tertekan kerana bukan begitu senang untuk mengarang sajak. Menarik juga kerana kami membuat sajak ini dengan secara kumpulan. Pada pendapat saya, aktiviti ini boleh mencungkil bakat kami. Kadang-kadang saya susah hendak mengarang kerana kami tidak boleh meniru dari mana-mana lelaman. Sajak ini boleh menyedarkan kami ataupun menambah ilmu tentang perkara-perkara di luar. Saya telah menyertai satu petandingan untuk dwiminggu. Kami semua telah menang tempat kedua. Lega hati saya. Saya gembira kerana kawan-kawan saya ada di situ untuk menyokong saya.
-Sri Nurhidayu <3
aktiviti dwiminggu bahasa pantun dan sajak amat menarik sekali.saya amat gembira dapat menyertai dalam aktiviti seperti ini kerana saya dapat mengetahui lagi tentang pantun-pantun dan sajak melayu dan mengarang pantun.pada pendapat saya untuk mengasilkan sebuah pantun atau sajak,ia tidak begitu mudah kerana perkataan perkataan yang digunakan sangat halus dan harus mempunyai fikiran yang mendalam.bagi saya,pada masa hadapan kita boleh menggunakan kreativiti sendiri seperti(menggunakan kertas tulis,poster,muka buka atau sebagainya)
-nuruljannah
Pada pendapat saya aktiviti mengarang pantun/sajak ini seronok dan boleh mengajar kita membuat pantun dan sajak.Membuat pantun dan sajak agak susah.Tiada apa apa yang saya mahu perbaiki.
Daripada Muhd Hilman Hakim :)
Activiti seperti pantun & sajak menolong saya menulis pantun dan sajak lebih senang kepada saya. perasaan saya sangat gembira kerana saya mendapat tropy.boleh buat pantun dan sajak pada hujungminggu.
DARIPADA:FAIZAL:)
Perasaan saya tentang aktiviti ini sangat bagus untuk mempelajari murud-murid. Semoga mereka tahu bagai mana caranya untuk membuat dengan lebih baik. Kerja ini juga membuat secara pasangan lebih mudah daripada individial. Perasaan saya apabila menjalani aktiviti ini bersama pasangan saya, saya amat suka akan membuat pantun yang bertajuk persahabatan. Saya ingin memperbaiki dalam pelajaran ini kerana saya amat lemah. Harap saya boleh membuat dengan lebih baik.
Daripada: Nasira.
Darjah: 6-5.
Pendapat saya tentang aktiviti mengarang pantun/sajak ini seronok dan berguna .
saya berasa gembira membuat pantun/sajak tetapi agak sukar untuk mencari perkataan yang tepat.
Aqil 6-4
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama