Selasa, 26 Mei 2009

Sajak Kawan

Dihasilkan oleh Umi (6-4)

Sajak Ibu

Ibu,
Kau yang menyayangi ku,
Kau yang ku sayang,
Kau tempatku mengadu,
Kau selalu membuatku gembira
Ibu,
Kau selalu menemani ku
Kau yang meredupkan hatiku apabila ku menangis
Kaulah pengampun
Kau sangat bereti dalam hidupku
Kau lah ibu yang ku sanjung!

Dihasilkan oleh Nur Iradha Binte Rahmat ( 6-5)

Selasa, 19 Mei 2009

Pantun - Nasihat

Pantun Nasihat Untuk Semua
Pergi ke pasar membeli sotong,
Membeli sontong di kedai Pak Leman;
Janganlah kita bersikap sombong,
Akibat nanti tiada kawan.
Sotong dibeli sudah dibakar,
Telah dihidangkan di atas meja;
Janganlah kita selalu bertengkar,
Sehingga tidak bertegur sapa.
Mari kita menjamu selera,
Jangan lupa mencuci tangan;
Amalkan sikap bekerjasama,
Agar sempurna semua tugasan.

Karya ini dihasilkan oleh Aishah Amal (6-2)

Kawanku (lirik lagu)

Di Manakah Dikau Kawan...

Di manakah kawanku berada..
Aku di sini bagai orang gila..
Bertahun sudah berlalu..
Kau kata kau akan menungguku..
Mana pergi semua janjimu..
Kau hendak menang aku akan beralah..
Kau hendak berkelahi aku tidak mahu..
Kawan, kawan, kawan..
Aku tidak mahu bersengketa..
Di manakah dikau kawanku...

Hasil karya... Nisha Nadira, Herfina Ariski & Mas Artika